Taufan Mitag diramal jejas Semenanjung Korea

Taufan Mitag diramal jejas Semenanjung Korea

SEOUL,. Mitag, taufan ke-18 musim ini yang akan membadai pada minggu depan diramal boleh menjejaskan Semenanjung Korea, menurut agensi ramalan cuaca pada Sabtu.

Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA) berkata, awal hari ini taufan itu terbentuk di Laut Filipina dan bergerak ke arah barat laut pada kelajuan 56 kilometer sejam.

Sehingga 9 pagi hari ini, Mitag diklasifikasikan sebagai “kecil”. Kelajuan maksimum angin 61 kilometer sejam atau 17 meter sesaat, lapor agensi berita Yonhap.

Pada Rabu, ia dijangka menjejaskan Pulau Jeju selatan Korea Selatan dan kawasan pantai berdekatan.

Ribut tropika itu juga mencetuskan angin kencang, ombak kuat dan banjir kilat di beberapa bahagian di Jepun dan Taiwan pada minggu depan, menurut laporan media asing.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )