TAYANGAN PERDANA BATWHEELS PADA AHAD, 16 OKTOBER

TAYANGAN PERDANA BATWHEELS PADA AHAD, 16 OKTOBER

TAYANGAN PERDANA BATWHEELS PADA AHAD, 16 OKTOBER DI CARTOONITO DI CARTOON NETWORK DAN HBO GO

Siri Prasekolah Batman Yang Pertama dari DC Menggabungkan Kurikulum “Hero”, Mengajar Penonton Kecil tentang Keperwiraan, Persahabatan, Kerja Berpasukan dan Keyakinan Diri

MALAYSIA, 11 OKTOBER 2022 – Cartoon Network dan HBO GO hari ini mengumumkan Batwheels secara rasminya akan dibawa (zoom) ke skrin televisyen bermula Ahad, 16 Oktober. Siri ini akan ditayangkan buat pertama kali di blok prasekolah Cartoonito di Cartoon Network (Astro, Saluran 615) pada hujung minggu, jam 9 malam dan distrim pada hari yang sama di hab Cartoonito di HBO GO.

Karya terbitan Warner Bros. Animation, Batwheels menjadi perintis kepada siri prasekolah Batman yang pertama dari DC, menawarkan penonton kecil lelaran animasi CGI yang berkelajuan tinggi dan bertenaga dalam Caped Crusader. Penonton kecil seisi keluarga akan turut merasai keterujaan ‘meluncur’ bersama kumpulan kenderaan-super yang mengagumkan — Bam (Batmobile), Bibi (Batgirl Cycle), Redbird (kereta lumba Robin), Buff (Bat-Truck), dan Batwing (Batplane) — sambil mereka membantu Batman, Batgirl dan Robin menjaga keselamatan jalan raya di Gotham City. Sama ada berdepan dengan Legion of Zoom atau salah satu Penjahat-Super yang terkenal di Gotham City, Batwheels akan menggunakan peralatan luar biasa mereka dan kerja berpasukan yang kreatif untuk menyelamatkan bandar itu.

Bintang terkemuka yang menjadi pelakon suara dalam siri yang dinanti-nantikan ini termasuklah Ethan Hawke (sebagai Bruce Wayne/Batman), AJ Hudson (sebagai Duke Thomas/Robin), Leah Lewis (sebagai Cassandra Cain/Batgirl), Jacob Bertrand (sebagai Bam), Jordan Reed (sebagai Redbird), Madigan Kacmar (sebagai Bibi), Noah Bentley (sebagai Buff), Lilimar (sebagai Batwing), Kimberly D. Brooks (sebagai The Batcomputer), Mick Wingert (sebagai Moe dan The Joker), Xolo Maridueña (sebagai Snowy) dan Gina Rodriguez (sebagai Catwoman). Berdasarkan watak-watak dari DC, Batwheels diterbitkan oleh Warner Bros. Animation, manakala perkhidmatan animasi pula disediakan oleh Superprod Studio.

Selain itu, kanak-kanak juga boleh berseronok meneroka pengalaman interaktif Batwheels dengan permainan dalam talian ‘Batwheels By You’ di laman web Cartoon Network Asia. ‘Batwheels By You’ yang menarik dan merangsang kreativiti ini akan membuatkan si kecil sibuk mewarna dan mencipta pasukan Batwheels mereka sendiri. Permainan ini boleh dimainkan secara percuma.

Di sebalik pengembaraan adiwira ini, Batwheels akan mengajar kanak-kanak tentang erti menjadi wira melalui kurikulum “Hero” yang unik. Kurikulum ini sejajar dengan rangka tindakan Pembelajaran Berpusatkan Kemanusiaan Cartoonito yang menggalakkan kanak-kanak menjadi diri mereka yang terbaik. Setiap episod Batwheels akan menampilkan kekuatan watak yang berbeza – kesedaran diri, keprihatinan terhadap orang lain, ketabahan, dan keberanian, antara lainnya – dalam menghadapi cabaran personal dan interpersonal serta menunjukkan bagaimana wira boleh menyumbang kepada kebaikan yang lebih besar.

Batwheels juga akan mempamerkan nilai persahabatan, kerja berpasukan dan menyerlahkan manfaat daripada kemahiran ini. Malah, siri ini akan mengajar kanak-kanak bahawa walaupun semua kenderaan itu mempunyai keupayaan hebat, tetapi aspek yang lebih penting yang menyemarakkan keperwiraan mereka terletak pada kekuatan dalaman setiap watak, mengetahui cara untuk menjadi kawan yang baik dan kemampuan bekerjasama sebagai satu pasukan. Ibu bapa boleh mengetahui lebih banyak tentang kurikulum wira Batwheels dan mengakses sumber maklumat berkenaan di sini , bagi membantu meluaskan lagi pembelajaran di luar skrin dengan mengunjungi laman web Cartoonito Asia.

Untuk makluman terkini tentang Batwheels, ikuti Cartoonito Asia di Facebook, Instagram dan YouTube, selain HBO Asia di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube. Strim atau muat turun Batwheels dari 16 Oktober ini di HBO GO. Anda boleh melanggan HBO GO secara dalam talian di https://www.hbogoasia.my/ atau melalui aplikasi mobile di App Store atau Play Store pada harga serendah RM23.30/sebulan. Atau mengakses HBO GO melalui Astro. HBO GO juga tersedia di TV Android, TV Apple, TV LG dan TV Pintar Samsung – yang dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

Pertanyaan media boleh menghubungi:
Sophia Lee | +6016 229 7727 | [email protected]
Jess Yeoh | +6012 350 9696 | [email protected]

-faisal

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )