Tentera Israel tahan Gabenor Baitulmaqdis

Tentera Israel tahan Gabenor Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS: Tentera Israel pada Selasa menahan Gabenor Baitulmaqdis Adnan Ghaith, menurut kenyataan pejabat gabenor.

“Gabenor ditahan di rumahnya di bandar Silwan, Baitulmaqdis Timur,” lapor Agensi Anadolu.

Polis Israel tidak menjelaskan sebab penahanan itu.

Sejak beberapa tahun lalu, tentera Israel sering menahan Ghaith dan melarang beliau memasuki Tebing Barat.

-BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)