Terima kasih Xiaomi Malaysia Atas Keperihatinan

Terima kasih Xiaomi Malaysia Atas Keperihatinan

GOMBAK , 19 Jun (Gerbangpost) – Pihak XIAOMI MALAYSIA telah memberi sumbangan peranti baru Redmi Note 10 5G kepada adik Muhammad Shafie selepas peranti dari Yes meletop pada 15 jun 2021 tempoh hari.

Memetik dari facebook makcik kepada adik Shafie dikenali dengan nama Suryani ‘ Bukan niat beliau untuk menjadikan artikel mengenai peranti itu viral. Hanya sekadar berkongsi pengalaman, semoga semua sedar yg isu ini membahayakan. Dan beliau tidak pernah meminta utk digantikan dgn peranti yang baru.

Tetapi pihak Xiaomi Malaysia berbesar hati untuk menghulurkan bantuan bagi memudahkan pembelajaran PDPR melalui online. Mereka ikhlas menolong walaupun telah diterangkan keadaan sebenar.

Pihak kami juga berharap akan diadakan ujian untuk memastikan atas model peranti (peranti model Yes) tersebut. Ujian ini akan dapat memberikan keyakinan pada orang ramai, bahawa peranti tersebut berkeadaan baik dan kejadian yang berlaku juga adalah kebetulan. Bukan disebabkan peranti yang tidak berkualiti dan tidak menepati QC (piawai).

pihak Xiaomi Malaysia juga sentiasa memastikan setiap produk keluaran mereka menepati Piawaian yang telah di tetapkan oleh kerajaan.

-Faisal Mohamed

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)