Tesla tidak akan kongsi data dengan kerajaan

Tesla tidak akan kongsi data dengan kerajaan

TESLA tidak akan berkongsi data yang dikumpul di China, atau negara lain, dengan kerajan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, tiada syarikat yang ingin mengambil risiko mengumpul data sensitif dan berkongsi dengan kerajaan. Bercakap dalam Forum Pembangunan China yang diadakan secara maya pada Sabtu, beliau berkata, jika Tesla menggunakan keretanya untuk mengumpul maklumat risikan di China, ia akan ditutup.

Sumber memberitahu Reuters pada Jumaat, tentera China melarang kereta Tesla memasuki kompleksnya, kerana bimbang terhadap isu keselamatan susulan kamera yang dipasang di kenderaan tersebut.
Pada 2020, Tesla menjual 140,000 kenderaan di China, sekitar 30 peratus daripada jualan globalnya.

Ia adalah pengeluar kenderaan asing pertama yang membuka kilang di China tanpa rakan niaga tempatan.

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )