Tiada kongres ‘alternatif’, tapi kem Azmin akan tetap berkumpul di ibu negara

Tiada kongres ‘alternatif’, tapi kem Azmin akan tetap berkumpul di ibu negara

AYER KEROH,. Walaupun bukan lagi berbentuk ‘kongres’, majlis yang menghimpunkan pimpinan Parti Keadilan Rakyat yang berpihak kepada Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, masih tetap diteruskan di ibu negara.

Menurut poster yang diedarkan, majlis itu kini dikenali sebagai Majlis Makan Malam Kemakmuran Bersama 2030.

Selain Azmin, ia akan dihadiri tiga Naib Presiden Keadilan iaitu Tian Chua, Zuraida Kamaruddin, serta Ali Biju.

Selain itu, Ketua Wanita Nasional Haniza Talha, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Hilman Idham, dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan Sivarasa Rasiah turut tertera dalam poster itu.

Menurut jadual yang diterima media, selain kumpulan pemimpin itu, turut dijadualkan memberi ucapan pada majlis itu ialah aktivis Hishamuddin Rais, Nordin Ismail, dan Mustafa Kamal.

Awal hari ini Tian Chua berkata, majlis itu adalah untuk menghargai perwakilan yang datang dari jauh untuk menghadiri Kongres Nasional Keadilan ke-14.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)