
Tiada penjelasan kukuh daripada BWF
JAKARTA: Penyertaan Indonesia dalam Kejohanan Terbuka All England terpaksa dibatalkan akibat kerisauan berkaitan COVID-19 menimbulkan bantahan diplomatik pada Khamis dan pemain mereka masih ‘dalam keadaan terkejut’ serta penyokong meledak dalam talian.
Pasukan Indonesia itu dikeluarkan selepas seorang penumpang pesawat sama ke Britain disahkan positif COVID-19, mengakibatkan 10 hari pengasingan diri mengikut polisi British.
Permainan All England, tidak dapat disertai kumpulan pendahulu China, Korea Selatan dan Taiwan kerana ia tidak mengambil kira kelayakan ke Olimpik, dan merupakan kejohanan yang terbesar sebelum acara Tokyo bermula pada Julai.
Ketua Persatuan Badminton Indonesia, Agung Firman Sampurna mengulas “salah satu cara untuk mengelak kemenangan Indonesia adalah dengan tidak membenarkan mereka bertanding”.
“Ia membuat saya berasa ibarat dipanah petir,” ulas beliau tentang menyingkiran itu.
Kerajaan Indonesia mengarahkan duta mereka di Britain untuk mengemukakan rayuan untuk merujuk semula kes tersebut dan “memastikan tiada diskriminasi dan layanan tidak adil”.
“Duta Indonesia di UK telah menghubungi rakan sejawat British beliau di Jakarta, dan merayu untuk kerjasama beliau,” menurut utusan diplomatik Desra Percaya di London
“Pagi ini, Kedutaan Indonesia akan secara terus bersemuka dengan pihak berkuasa British,”
Permulaan kejohanan All England yang berprestij itu telah ditunda pada Rabu selepas sebilangan keputusan ujian positif dan ‘belum dikenalpasti’.
Hasil ujian ulangan mendapati semua peserta negatif, membenarkan acara itu berlangsung lima jam lewat dengan semua peserta layak bermain.
Sementara kumpulan Indonesia – termasuk ahli pasukan mereka yang memenangi persaingan pembuka telah dipaksa untuk meninggalkan permainan, dan menyerahkan pasukan lawan untuk mara.
“Semua pemain Indonesia tidak dapat menyertai pusingan ini serta seterusnya dan telah disingkirkan dari Kejohanan Terbuka All England 2021,” kata Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Beberapa pemain Indonesia telah menang pada Rabu, termasuk pilihan kelima lelaki Jonatan Christie dan pasangan handal beregu Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo.
Gideon mengatakan kumpulan mereka ‘dalam keadaan terkejut’ dan menimbulkan persoalan mengapa mereka dihukum setelah mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk divaksin dan diuji sebelum berlepas dan selepas tiba di Britain.
“Keputusan ujian SEMUA NEGATIF,” tulis beliau di Instagram.
“BWF sepatutnya menubuhkan sistem gelembung untuk memastikan keselamatan kami. Pemain seharusnya menjalani kuarantin sebelum acara tersebut.”
Menteri sukan Indonesia Zainudin Amali mengulas kumpulan itu dihukum atas sesuatu yang ‘bukan kesalahan mereka’, dan terdapat ura-ura bahawa ada pasukan lain dalam pesawat sama dibenarkan untuk bertanding.
Sementara itu, pengguna sosial media negara itu meledak dan membawa kemarahan mereka atas talian, membanjiri akaun Instagram BWF.
“Jika negara lain menang tanpa mengambil kira Indonesia, mana harga diri mereka?” Kata seorang pengguna.
— AFP