Tiada ruang untuk sentimen pemilihan skuad: Guardiola

Tiada ruang untuk sentimen pemilihan skuad: Guardiola

LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, memberi amaran kepada Sergio Aguero bahawa tiada ruang untuk sentimen apabila beliau memilih skuad untuk final Liga Juara-Juara menentang Chelsea lewat bulan ini.

Aguero mengumumkan beliau akan meninggalkan City pada akhir musim ini selepas 10 tahun berjaya bersama juara Liga Perdana Inggeris itu. Penyerang antarabangsa Argentina itu adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman buat City tetapi beliau mungkin tidak akan mendapat penghargaan terakhir pada musim yang diselubungi kecederaan di mana beliau hanya bermain 18 perlawanan.

Aguero juga tidak beraksi pada perlawanan Liga Perdana menentang Brighton kerana kecederaan. Beliau mungkin dapat beraksi buat kali terakhir di Stadium Etihad menentang Everton pada Ahad ini.
Tetapi Guardiola enggan memberikan sebarang jaminan bahawa penyerang berusia 32 tahun itu akan diturunkan pada final pertama City dalam kejohanan Liga Juara-Juara pada 29 Mei depan.

“Saya boleh berkata saya akan bersikap kejam,” kata Guardiola apabila merujuk tentang pemilihan pemainnya. “Saya harus membuat keputusan yang terbaik untuk memenangi perlawanan, ia pilihan saya.

“Jika Sergio cergas, beliau akan membantu kami, itu apa yang pasti, jika beliau akan dapat membantu menjaringkan gol, beliau akan bermain tetapi ia adalah final Liga Juara-Juara. Saya harus membuat keputusan yang akan memberikan kami peluang terbaik untuk memenangi perlawanan itu.”

Guardiola mencadangkan bahawa perhatian akan diberikan secara khusus kepada skuad menentang Brighton, dengan satu tempat ke skuad final menentang Chelsea nanti.

Beliau mengakui beliau boleh melihat perbezaan di pusat latihan kelab ketika pemainnya cuba untuk memujuk beliau bahawa mereka selayaknya diturunkan di Porto, venue alternatif final Liga Juara-Juara selepas venue asal di Istanbul, Turki, digugurkan kerana peraturan lebih ketat COVID-19 ekoran peningkatan kes di Turki.

“Mereka lebih mendengar,” kata beliau. “Ia satu perkara jelas bahawa mereka lebih mendengar dan baik kerana mereka mahu bermain (di final). “Sebelum ini, kebiasaannya apabila saya memilih skuad, mereka akan merungut dan ia mengecewakan saya tetapi semua itu lumrah!”

“Saya masih ingat kesebelasan utama di Barcelona. Kami menggilirkan skuad dan semua orang boleh bermain. Tetapi saya masih tidak jelas cara kami akan bermain dan siapa yang akan bermain. “Kerana itu saya harus melihat dalam 10 hari akan datang dan kemudian baharu membuat keputusan.”

— Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS Wordpress (0) Disqus (0 )