Tiga jam operasi, polis tahan empat lelaki lumpuhkan kegiatan sindiket dadah

Tiga jam operasi, polis tahan empat lelaki lumpuhkan kegiatan sindiket dadah

LANGKAWI,. Polis melumpuhkan kegiatan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan empat lelaki warga tempatan bersama heroin dan syabu bernilai RM594,200 dalam operasi selama tiga jam, di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata hasil operasi bermula dari jam 1 petang hingga 4 petang itu, pihaknya menahan suspek pertama berusia 24 tahun di sebuah rumah di Taman Cenderawasih, Kampung Mata Air, Mukim Ulu Melaka bersama tiga peket dadah jenis syabu seberat 1.03 gram dan suspek kedua berusia 37 tahun bersama 57 gram syabu.

“Suspek kedua kemudian membawa anggota polis ke sebuah pondok di di Kampung Bayas, Mukim Ulu Melaka, lokasi dia menyembunyikan dadah jenis syabu seberat 102 gram dan heroin seberat 103 gram,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, di sini semalam.

Hasanuddin hasil maklumat suspek kedua, polis kemudian berjaya mengesan seorang lagi ahli sindiket berkenaan di tapak parkir kereta di berhadapan sebuah pasar borong di Kuah.

“Di lokasi tersebut, polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun bersama dadah jenis heroin seberat 15.03 gram. Hasil maklumat dari suspek ketiga ini pula, polis kemudian telah membuat tangkapan keempat melibatkan seorang lelaki berusia 53 tahun di sebuah rumah di Kampung Bukit Tangga, Mukim Ulu Melaka.

Suspek keempat mengaku ada menanam dadah di kawa-san tepi rumahnya. Dipandu arah oleh suspek tersebut, dia kemudian telah mengorek tempat dadah jenis heroin seberat 11.45 kilogram yang ditanam kira-kira 0.6 meter di lokasi tersebut,” katanya.

Hasanuddin berkata hasil saringan air kencing suspek pertama, kedua dan ketiga mereka didapati positif dadah jenis Methamphetamine, manakala suspek keempat negatif.

“Hasil operasi selama tiga jam itu, anggota berjaya merampas dadah jenis heroin bernilai RM578,200 dan dadah jenis syabu bernilai RM16,000.

Suspek pertama disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala suspek kedua hingga empat disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )