Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan

IPOH,. Tiga maut manakala sembilan cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler, empat kereta dan dua motosikal di Km 246.1 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di Kuala Kangsar dekat sini, malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pukul 10.13 malam.

“Kami segera mengerahkan sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar sebaik menerima panggilan bagi kerja-kerja menyelamat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan operasi menyelamat masih giat dijalankan di lokasi kejadian termasuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )