TikTok, WeChat tak jejas keselamatan AS

TikTok, WeChat tak jejas keselamatan AS

WASHINGTON,. Sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap aplikasi China, TikTok dan WeChat tidak menjejaskan keselamatan negara itu, tetapi akan meningkatkan tekanan komersial lebih luas kepada Beijing dan menyukarkan usaha Presiden Donald Trump untuk dipilih semula.

Kelmarin, ketika mengumumkan larangan yang akan berkuat kuasa dalam tempoh 45 hari itu, Trump mengisytiharkan aplikasi mudah alih China ‘mengancam keselamatan nasional, dasar luar negara dan ekonomi AS’.

Pengumpulan data menerusi aplikasi itu, katanya, ‘mengancam bagi kemungkinan Parti Komunis China mengakses maklumat peribadi dan hak milik rakyat AS’ yang didakwa dapat diguna bagi intipan, pemerasan dan menjejak warga China di AS.

Bagaimanapun, pakar keselamatan siber menjelaskan sekatan itu hanya membawa kesan minimum dan tidak menyelesaikan sebarang ancaman penting.

Katanya, sekatan terhadap WeChat khususnya menjejaskan sebahagian besar golongan China AS, rakyat China menetap di AS dan perniagaan berkaitan China kerana aplikasi itu penting bagi tujuan komunikasi.

Kedua-dua aplikasi mempunyai data bagi ratusan juta pengguna.

Aplikasi WeChat, yang bertindak seperti pusat sehenti menyediakan mesej, transaksi kewangan, mesej berkumpulan, sosial media dan semuanya disimpan dalam pelayan di China. TikTok adalah aplikasi untuk perkongsian video ringkas.

Pensyarah Keselamatan Komputer Universiti Berkeley di California, berkata WeChat aplikasi menggunakan pautan disulitkan kepada pelayan WeChat di China.

Bagaimanapun, katanya, ada beberapa alternatif jika mahu berkomunikasi secara meluas dengan individu di China, sama ada dari dalam atau luar republik itu.

“Tetapi pelayan itu melihat semua mesej. Justeru, kerajaan China boleh lihat apa-apa mesej dikehendakinya,” katanya.

“Dengan menyekat WeChat, ia mampu menghentikan rakyat AS daripada berkomunikasi dengan rakan dan keluarga di China, antara lain adalah idea teruk,” katanya.

Bagi aplikasi TikTok, katanya, ia sangat berbeza dengan media sosial popular AS yang disifatkan ‘operasi pengumpulan data secara besar-besaran’.

TikTok menafikan dakwaan menyalurkan data kepada kerajaan China selain tidak akan berbuat demikian walaupun diminta, tetapi Weaver meragui tuntutan itu.

Katanya, tiada apa-apa faktor mampu menimbulkan risiko keselamatan tertentu jika orang ramai mempunyai kesedaran mengenainya.

Pendekatan terbaik, katanya, ‘tidak melakukan sekatan menyeluruh tetapi dasar dan komunikasi: Komunikasi terhadap perniagaan AS mengenai risiko dan mengkonfigurasi sistem pemerintahan untuk mengelakkan risiko’.

“Sudah tentu kerajaan China boleh mengakses maklumat berkenaan, sama seperti kerajaan AS mengakses apa-apa maklumat dikumpul menerusi Facebook (FB).

“Sekatan ini jelas bermotifkan politik berbanding kebimbangan keselamatan. Ancaman keselamatan sebenar dan ianya adalah nyata, wajar diselesaikan dengan baik menerusi proses lebih sulit,” katanya. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)