TM sahkan masalah kabel dasar laut

TM sahkan masalah kabel dasar laut

TM melalui Unifi mengatakan pasukan mereka sedang aktif dalam mengawal dan mengoptimasikan rangkaian internet buat masa ini.

Telekom Malaysia (TM) mengesahkan mengalami masalah kabel dasar laut yang memberi impak kepada penggunaan internet dan pelayaran web, terutamanya untuk pengguna Unifi.

Pasukan TM sedang aktif mengawal dan mengoptimasikan rangkaian internet untuk mengurangkan gangguan.

TM akan terus berkongsi perkembangan terkini, namun tiada jangka masa diberikan untuk penyelesaian penuh masalah ini.

Perkongsian ini hadir selepas ramai pengguna Unifi mengadu berkenaan rangkaian internet yang perlahan sejak beberapa hari kebelakangan ini.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS Wordpress (0) Disqus ( )