TNB Siap Siaga, Sedia Putuskan Bekalan Jika Banjir Melanda

TNB Siap Siaga, Sedia Putuskan Bekalan Jika Banjir Melanda

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini berada dalam mod kesiapsiagaan penuh menghadapi ancaman banjir di Terengganu dan Kelantan, selepas ramalan awal oleh Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) memberi isyarat kepada peningkatan risiko bermula malam ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi, TNB menyatakan bahawa mereka telah mengaktifkan pasukan teknikal khas dan tidak teragak-agak untuk memutuskan bekalan elektrik secara sementara di kawasan terjejas bagi mengelakkan sebarang kemalangan elektrik.

“Kami utamakan keselamatan penduduk. Semua tindakan akan diselaraskan bersama pihak berkuasa tempatan dan agensi bencana yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

TNB turut mengingatkan orang awam agar berwaspada terhadap peralatan elektrik, menjauhi kawasan banjir dan mengikuti arahan pemindahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Orang ramai yang memerlukan bantuan berkaitan bekalan elektrik boleh menghubungi TNB Careline 15454 atau menerusi saluran digital rasmi syarikat itu.

MetMalaysia pula telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan beberapa daerah di Pantai Timur dan Sabah hingga esok.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )