Tour de France dijangka hujung Ogos

Tour de France dijangka hujung Ogos

PARIS,. Akhbar Perancis, Dauphiné Libéré melaporkan semalam mereka memiliki maklumat eksklusif mengenai perancangan mengadakan Tour de France 2020 antara 29 Ogos hingga 20 September.

Penganjur perlumbaan berbasikal itu, ASO, merancang untuk menunggu sehingga 15 Mei untuk membuat keputusan menunda perlumbaan itu kerana pandemik COVID-19 tetapi ia terpaksa dilupakan Isnin lalu apabila Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengumumkan larangan berkumpul beramai-ramai sehingga sekurang-kurangnya pertengahan Julai.

ASO mengesahkan kepada The Associated Press semalam bahawa mereka sedang berbincang dengan UCI mengenai tarikh baharu Grand Tour itu.

“Memikirkan adalah mustahil Tour akan bermula mengikut jadual asal, kami berbincangan dengan Persekutuan Berbasikal Antarabangsa untuk mencari tarikh baharu,” kata ASO.

Wujud spekulasi semalam mengenai tarikh baharu pada Ogos untuk Tour de France yang asalnya akan bermula 27 Jun dengan Marca melaporkan bahawa perjanjian akan dibuat dengan penganjur Grand Tour yang akan memberikan keutamaan buat Tour de France dalam kalendar baharu.

Vuelta a Espana dilaporkan akan dianjak ke September dan Giro d’Italia dilangsungkan pada Oktober. – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )