Tourism Malaysia umum pertukaran pegawai kumpulan pengurusan

Tourism Malaysia umum pertukaran pegawai kumpulan pengurusan

KUALA LUMPUR,. Tourism Malaysia hari ini mengumumkan pertukaran pegawai dalam kumpulan pengurusannya dalam usaha memperkukuh struktur organisasi bagi mencapai sasaran strategiknya pada tahun ini serta merancakkan kembali sektor pelancongan negara.

Tourism Malaysia dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, Datuk Zainuddin Abdul Wahab yang sebelum ini merupakan Pengarah Kanan di Bahagian Perancangan Strategik, telah dilantik sebagai Pengarah Kanan Pengurusan dan menanggung kerja Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) berkuat kuasa Isnin lepas (4 Jan).

“Sementara Iskandar Mirza Mohd Yusof mengambil alih tugas sebagai sebagai Pengarah Kanan di Bahagian Perancangan Strategik manakala Datin Rafidah Idris dilantik sebagai Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat yang baharu,” menurut kenyataan itu.

Mohamed Amin Yahya dan Ahmad Johanif Mohd Ali yang merupakan Timbalan Pengarah Kanan, masing-masing akan menanggung tugas sebagai pengarah di Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Pembangunan Pakej, berkuat kuasa tarikh sama.

Dalam kenyataan sama, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Zulkifly Md Said berkata, pihaknya akan terus meningkatkan aktiviti promosi pelancongan domestik menerusi pelaksanaan pakej rangsangan di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan bagi 2021.

“Biarpun pelancongan domestik tidak dapat mengambil alih ketibaan pelancong antarabangsa buat masa ini, namun pelancongan domestik tetap memainkan peranan sebagai penyumbang utama kepada kelangsungan ekonomi negara,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)