Tragedi lori pendatang: Pendakwa raya Perancis tuntut penjara 10 tahun

Tragedi lori pendatang: Pendakwa raya Perancis tuntut penjara 10 tahun

PARIS: Pendakwa raya kelmarin menuntut hukuman penjara selama 10 tahun terhadap empat lelaki yang dituduh membunuh selepas mayat 39 pendatang Vietnam ditemui di dalam sebuah lori di England pada 2019.

Mayat pendatang tersebut – dua daripadanya hanya berusia 15 tahun – ditemui di dalam ruangan kedap udara di sebuah pelabuhan berhampiran London pada Oktober 2019.

Mereka telah menaiki lori itu dari utara Perancis ke Belgium sebelum melintasi Terusan ke Britain. Seramai 19 defendan dalam perbicaraan di Perancis termasuk rakyat Vietnam, Perancis, China, Algeria dan Maghribi.

Pendakwa raya menggambarkan satu rangkaian besar pendatang haram yang dikendalikan oleh 19 defendan dalam perbicaraan kerana membantu kemasukan, pergerakan atau penempatan secara haram rakyat asing di Perancis sebagai sebahagian daripada pertubuhan jenayah terancang.

Mereka turut mendapatkan pensabitan bagi konspirasi jenayah, kesalahan yang boleh dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun.

Hanya empat defendan, dikenali sebagai Tony, Hoang, Long dan Thang, dihadapkan dalam perbicaraan bagi pembunuhan beramai-ramai itu.

“Defendan mengutamakaan keuntungan, membahayakan mangsa dan melihat mereka hanya seperti ‘ayam’ yang ditimbunkan. Sebahagian daripada defendan menggambarkan secara sinis diri mereka sendiri sebagai mangsa dari sistem,” kata pendakwa raya Alexis Liberge dalam hujah penutupnya.

Pada 22 Oktober 2019, seramai 31 lelaki dan lapan wanita berusia antara 15 dan 44 tahun, semuanya dari Vietnam, telah dikumpulkan di dalam sebuah treler di utara Perancis dan ditemui maut pada keesokan harinya di sebuan estet perindustrian di timur London.

Perbicaraan dijangka akan tamat pada Jumaat.

— Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )