
Transformasi Digital Kunci Kecemerlangan Kementerian Pertahanan – Khaled
KUALA LUMPUR, 28 April 2025 – Kementerian Pertahanan mesti mempercepatkan transformasi digital untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang pantas, cekap dan berdaya tahan, kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata, tenaga kerja yang berpengetahuan dalam bidang automasi, AI dan big data akan menjadi aset penting dalam memastikan kejayaan agenda pemodenan kementerian.
Ucapan beliau disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali, pada majlis penganugerahan cemerlang kementerian di sini.