Trump gembira Jong Un muncul semula, kelihatan sihat

Trump gembira Jong Un muncul semula, kelihatan sihat

WASHINGTON,. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam berkata beliau ‘gembira’ dengan kemunculan semula pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, dan kelihatan sihat.

“Saya gembira melihat beliau sudah kembali dan sihat!” ciap Trump berikutan Jong Un membuat penampilan pertama dalam tempoh hampir tiga minggu selepas spekulasi bertiup kencang bahawa beliau sedang sakit tenat atau mungkin telah meninggal dunia.

Siaran televisyen negara Korea Utara memaparkan Jong Un sedang berjalan, tersenyum lebar dan merokok pada satu upacara dikatakan majlis pembukaan sebuah kilang baja di Sunchon, utara Pyongyang, kelmarin.

Khabar angin mengenai kesihatan Jong Un semakin memuncak apabila beliau tidak muncul pada sambutan ulang tahun kelahiran datuknya yang juga pengasas Korea Utara, iaitu hari paling penting dalam kalendar politik negara itu, 15 April lalu.

Ketiadaannya itu mencetuskan pelbagai khabar angin dan laporan yang tidak disahkan mengenai keadaan beliau.

Jong Un hilang daripada khalayak awam ketika rundingan Pyongyang dengan Washington berhubung isu senjata nuklear Korea Utara terhenti walaupun Jong Un dan Trump sudah mengadakan tiga pertemuan.

Sekiranya Jong Jun dalam keadaan tidak berupaya atau meninggal dunia, ia akan meningkatkan ketidaktentuan proses berkenaan. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )