Trump sertai kutipan derma antarabangsa bantu Beirut

Trump sertai kutipan derma antarabangsa bantu Beirut

WASHINGTON,. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan penyertaan dalam persidangan antarabangsa Ahad ini, berkaitan bantuan kepada rakyat Lubnan selepas tragedi letupan besar di pelabuhan di Beirut.

Trump yang sebelum itu menghubungi penganjur persidangan itu iaitu Presiden Perancis, Emmanuel Macron, turut menghantar ciapan Tweeternya bahawa ‘semua orang memerlukan bantuan’.

“Kita akan mengadakan persidangan ini pada Ahad dengan Macron, pemimpin Lubnan serta pemimpin dari pelbagai negara,” katanya.

Trump juga berkata, tiga pesawat AS yang penuh dengan bekalan bantuan sedang dalam perjalanan ke Lubnan, termasuk pasukan penyelamat dan pekerja perubatan.

Letupan besar di pelabuhan Beirut Selasa lalu, mengorbankan lebih 150 orang dan menghancurkan sebahagian besar pusat bandar itu.

Hospital di Lebanon, yang sebelum ini terpaksa berhadapan pandemik COVID-19 selain krisis ekonomi yang teruk, banyak yang musnah akibat letupan itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan dana sebanyak dolar AS$15 juta (RM62.81 juta) untuk menampung keperluan kesihatan segera di Beirut.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula memberitahu, dianggarkan sehingga 100,000 kanak-kanak adalah antara 300,000 penduduk Beirut yang kehilangan tempat tinggal, termasuk banyak yang berpisah dengan keluarga mereka akibat kejadian petang Selasa lalu.

Penerbangan bantuan dari Iran, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu mendarat di Lubnan pada Jumaat, diikuti penerbangan lain dari Perancis, Kuwait, Qatar dan Rusia. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )