Trump ‘terkejut’ Biden pilih Harris

Trump ‘terkejut’ Biden pilih Harris

WASHINGTON,. Presiden Donald Trump semalam menyifatkan Kamala Harris sebagai anggota Senat Amerika Syarikat (AS) yang paling teruk dan mengatakan beliau ‘terkejut’ Joe Biden memilihnya sebagai calon wakil presidennya.

Trump memberitahu wartawan di Rumah Putih bahawa Harris tidak menarik perhatiannya ketika dia bersaing untuk pencalonan Demokrat di peringkat utama yang akhirnya dimenangi oleh Biden.

“Saya amat terkejut kerana dia melakukannya dengan teruk,” katanya.

Trump juga berkata, semasa perbicaraan pengesahan Senat 2018 oleh Hakim Mahkamah Agung Brett Kavanaugh, Harris adalah ‘yang paling kejam, paling mengerikan, yang paling tidak dihormati oleh sesiapa pun dalam Senat AS.’ – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )