Tunku Ismail undur daripada tugasan harian kelab JDT

Tunku Ismail undur daripada tugasan harian kelab JDT

JOHOR BAHRU,. Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini mengumumkan berundur dan menyerahkan urusan harian kelab itu kepada pengurusan tertingginya.

Menerusi hantaran di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini, Tunku Ismail berkata keputusan itu adalah disebabkan tanggungjawab dan komitmennya yang lain.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” titah baginda.

Tunku Ismail diumumkan menjadi pemilik kelab bola sepak berkenaan pada 10 Januari 2016.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )