Tyson vs Ortiz mampu jana RM4.36 bilion

Tyson vs Ortiz mampu jana RM4.36 bilion

LONDON,. Legenda UFC, Tito Ortiz mengesahkan dia sudah dihubungi bagi bertarung dengan Mike Tyson.

Malah, dia percaya ia mampu menjana pendapatan yang lebih tinggi berbanding aksi antara Floyd Mayweather dengan Conor Mcgreagor.

Berita itu hadir ketika Tyson, 53, sedang melakukan persiapan bagi membuat kemunculan semula, 15 tahun selepas bersara dengan Ortiz kemudiannya menghubungi legenda tinju itu secara dalam talian.

Ortiz, 45, mendedahkan dia sudah ditawarkan untuk bertarung dengan ‘Iron Mike’ dan menegaskan kemampuannya untuk bertinju sudah cukup untuk menumbangkan ‘manusia paling jahat di bumi itu’.

“Saya menerima panggilan telefon dan seseorang mula bertanyakan kepada saya, ‘apa pandangan saya mengenai pertarungan dengan Mike Tyson?’.

“Ini adalah peluang untuk saya dan saya menerimanya. Namun, saya tidak pasti sama ada ia akan menjadi pertarungan MMA atau tinju,” katanya.

Kali terakhir bintang MMA bertarung dengan petinju adalah membabitkan pertarungan antara Mayweather dan McGregor yang menjana pendapatan sebanyak AS$500 juta (RM2.18 bilion).

Bagaimanapun, Ortiz yang menewaskan pencabarnya, Chuck Liddell dalam pertarungan box office tahun lalu percaya pertarungan dengan Tyson dalam kemunculan semulanya ke gelanggang mampu menjana pendapatan sebanyak AS$1 bilion (RM4.36 bilion). – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This