Tze Yong berjaya lolos ke pusingan kedua Kejohanan Dunia

Tze Yong berjaya lolos ke pusingan kedua Kejohanan Dunia

KUALA LUMPUR ,. Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia 2023 selepas mengatasi pemain China, Zhao Jun Peng di Copenhagen, Denmark, pada Isnin.

Pada aksi pusingan pertama di Royal Arena, Tze Yong, di ranking ke-22 dunia, mengambil masa 47 minit untuk menyingkirkan pemenang pingat gangsa edisi 2022 itu dalam straight set 21-19, 26-24.

Laluan sukar menanti pemain berusia 23 tahun itu apabila dijangka bertemu pemain nombor 12 dunia, Anders Antonsen dari Denmark, yang akan membuka kempen menentang pemain Israel, Misha Zilberman.

Terdahulu dalam kejohanan sama, Lee Zii Jia mengejutkan wakil Indonesia, Jonatan Christie 21-13, 21-15 dalam aksi pusingan pertama.

Hari ini lima lagi wakil negara akan membuat perhitungan pada pusingan pertama iaitu beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun; dua beregu wanita Anna Cheong Ching Yik-Teoh Mei Xing dan Vivian Hoo- Lim Chiew Sien; serta dua beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )