Tze Yong tidak puas hati walaupun menang gelaran perseorangan lelaki

Tze Yong tidak puas hati walaupun menang gelaran perseorangan lelaki

KUALA LUMPUR,. Pemain pelapis negara, Ng Tze Yong tidak puas hati walaupun muncul juara setelah menewaskan Leong Jun Hao 21-13, 21-8 pada final perseorangan lelaki pada Kejohanan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, di sini, hari ini.

Pemain muda berusia 20 tahun itu melahirkan rasa kurang puas hati kerana menang ke atas pemain Jun Hao yang mengalami kecederaan pinggul dalam pertarungan selama 31 minit itu.

Tze Yong membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

Biarpun mencapai sasaran muncul empat pemain terbaik, Tze Yong menyifatkan kejohanan itu sengit kerana pemain tahu corak permainan masing-masing kerana mereka berlatih bersama-sama.

Dalam pada itu, Jun Hao berkata walaupun mengalami kecederaan, beliau memilih untuk meneruskan saingan kerana sudah layak ke final dan sebelum itu muncul juara Divisyen 2, minggu lalu.

“Memang masa bangun pagi tadi rasa sakit, tapi saya tetap cuba sebaik yang mungkin. Memang menyedihkan kerana kecederaan ini semasa Sukan Asia 2018, yang menyebabkan saya berhenti bermain lebih kurang setahun.

“Sebelum ini kecederaan di pinggul kiri…jadi saya jaga-jaga tetapi sekarang sakit di belah kanan. Saya perlu jumpa doktor untuk mengetahui keadaan sebenar,” he said.

Dalam pada itu, beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan untuk muncul juara selepas menewaskan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-14, 21-18 bagi membawa pulang hadiah wang tunai RM7,500.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)