UK: Istiadat pembukaan Parlimen tanpa kehadiran Ratu Elizabeth II

UK: Istiadat pembukaan Parlimen tanpa kehadiran Ratu Elizabeth II

LONDON,. Ratu Elizabeth II tidak akan menghadiri istiadat pembukaan Parlimen pada Selasa, menurut kenyataan Istana Buckingham pada Isnin.

Baginda akan diwakili pewaris takhta, Prince of Wales, Putera Charles.

Turut dijadual hadir pada istiadat itu Putera William, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kenyataan Istana Buckingham memaklumkan: “Ratu mengalami ‘episodic mobility’ dan tidak akan menghadiri istiadat pembukaan Parlimen esok (Selasa).”

Ini adalah kali ketiga Ratu Elizabeth II, 96, tidak dapat berangkat hadir pada istiadat itu.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini baginda juga tidak menghadiri beberapa acara.

Ia sekali gus mencetuskan persoalan dalam kalangan media tempatan sama ada Ratu Elizabeth II akan menghadiri sambutan Jubli Platinum tahun ini sempena memperingati 70 tahun baginda berada di atas takhta.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)