Umat Islam di Arab Saudi sambut Aidilfitri pada Ahad

Umat Islam di Arab Saudi sambut Aidilfitri pada Ahad

RIYADH,. Umat Islam di Arab Saudi mengumumkan tarikh sambutan 1 Syawal pada Ahad bersamaan 30 Mac.

Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan dikeluarkan di aplikasi X, Haramain Sharifain pada Sabtu malam.

Jelas kenyataan itu, anak bulan Syawal 1446 telah kelihatan di Arab Saudi hari ini, sekali gus menandakan permulaan bulan Syawal esok.

Dalam pada itu, umat Islam di Indonesia akan menyambut Aidilfitri pada Isnin, kata Menteri Agama Nasaruddin Umar hari ini.

Dalam satu sidang media di kementerian, beliau mengumumkan tarikh 1 Syawal 1446 Hijrah bersamaan 31 Mac, 2025.

Pengumuman itu dibuat setelah selesainya persidangan Isbat (persidangan penentuan tarikh Syawal), yang melibatkan antaranya pegawai kementerian, Majlis Ulama Indonesia, ahli falak, anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, serta wakil-wakil dari kedutaan di Indonesia.

–Agensi

CATEGORIES
Share This