
UMNO Kekal Penting Dalam Dinamika Politik Negara – Zahid
KUALA LUMPUR, 11 Mei — Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa meskipun landskap politik negara telah berubah, peranan UMNO sebagai pemacu kestabilan dan pembangunan negara tetap signifikan dan perlu diperkukuh.
Menurutnya, sejak awal penubuhannya sehingga kini, UMNO tidak pernah bergerak bersendirian, sebaliknya sentiasa mendukung prinsip perkongsian kuasa — dahulu bersama Perikatan dan kini dalam Kerajaan Perpaduan.
“UMNO bukan sekadar simbol politik Melayu. Ia adalah jurutera kestabilan dalam struktur pemerintahan negara. Tanpa kestabilan, tiada pembangunan, tiada masa depan,” ujar beliau.
Zahid turut menekankan bahawa pendekatan sederhana dan anti-ekstremisme UMNO perlu dikekalkan, agar parti terus menjadi rujukan kepada rakyat seluruh bangsa.