UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia

UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia

KUALA LUMPUR,. Parlimen Malaysia dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) bersetuju untuk memperbaharui kerjasama susulan kejayaan usaha sama antara kedua-dua pihak sejak 2019 hingga 2023.

Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam satu kenyataan semalam memaklumkan kerjasama tersebut merangkumi sistem Jawatankuasa Pilihan Khas di Dewan Rakyat, pengukuhan institusi legislatif, pembinaan kapasiti dan pembangunan belia hingga 2025.

“Pembaharuan kerjasama tersebut telah dibincangkan oleh Pentadbir Bersekutu UNDP Haoliang Xu yang mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul di Parlimen semasa lawatan beliau ke Malaysia semalam.

“Semasa kunjungan hormat itu, Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pengukuhan sistem tadbir urus dan pemerkasaan Parlimen serta isu alam sekitar, perubahan iklim, dan kemiskinan,” menurut kenyataan tersebut.

UNDP merupakan sebuah badan yang menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan antarabangsa, serantau dan nasional dalam usahanya untuk mendukung pembangunan Malaysia.

Menurut kenyataan itu Xu dijadualkan bertemu Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong bermula semalam hingga 18 April.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)