unifi Business tawar penyelesaian perniagaan lengkap bantu percepat pendigitalan PMKS

unifi Business tawar penyelesaian perniagaan lengkap bantu percepat pendigitalan PMKS

KUALA LUMPUR: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan kini mampu mempertingkat dan mempercepatkan transformasi digital perniagaan mereka menerusi penawaran pelan baharu rangkaian unifi Business.

Ketua Segmen PKS unifi, Mohamad Yusman Ammeran berkata, PMKS merupakan tulang belakang ekonomi negara dan perlu memanfaatkan ledakan digital yang memberikan peluang ideal untuk terus bergerak maju ke arah pertumbuhan lebih mampan.

“Pelaksanaan pendigitalan secara tepat adalah langkah paling wajar dan unifi Business bersedia menawarkan solusi menyeluruh, termasuklah penyelesaian digital yang lengkap, pasukan tempatan yang bertauliah dan sokongan untuk meningkatkan prestasi perniagaan melalui unifi Business Club.

“unifi Business berhasrat untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan digital pilihan bagi PMKS.

“Pelan ini dicipta khas untuk pemilik perniagaan supaya mereka boleh menikmati lebih banyak penjimatan sehingga 24 bulan. Dengan hanya serendah RM139, mereka boleh mendapatkan unifi Business fibre serta unifi Cloud Storage dalam satu pelan khas untuk kegunaan perniagaan mereka.

“Penyelesaian perniagaan ini dikuasakan dengan internet yang pantas dan stabil, dan menawarkan pilihan pelbagai penyelesaian digital untuk meningkatkan perniagaan PMKS,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohamad Yusman berkata, pihaknya akan membimbing PMKS dalam perjalanan digitalisasi mereka.

“Pasukan Perunding Perniagaan unifi kami yang bertauliah adalah satu lagi bukti komitmen kami untuk berkhidmat kepada PMKS. Mereka diperakui dengan Pensijilan Antarabangsa untuk Literasi Digital (International Certification for Digital Literacy – ICDL) dan akan menawarkan sokongan dan bimbingan secara berterusan,” jelasnya.

“Pelbagai penyelesaian perniagaan kami untuk PMKS menggambarkan sokongan TM terhadap inisiatif kerajaan, seperti Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), dan sejajar dengan peranan TM sebagai pemacu Digital Malaysia,” tambahnya.

Sebelum ini, menurut penganalisis industri, membina kebolehan digital yang kukuh adalah penting dalam era terhubung hari ini, dan ketiadaan elemen tersebut membawa kepada kegagalan bagi kebanyakan PMKS semasa pandemik.

Untuk kekal berdaya saing, perniagaan perlu memastikan produk dan perkhidmatan mereka tersedia secara dalam talian dan mengambil bahagian dalam pasaran eDagang tempatan dan serantau yang semakin berkembang.

Di peringkat domestik, nilai eDagang Malaysia melonjak sebanyak 22 peratus kepada RM801bil pada tahun 2021 selepas mencatatkan pendapatan sebanyak RM658 bilion pada 2020 bagi tempoh Januari sehingga September, menurut data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Memandangkan PMKS mewakili 97.4 peratus daripada keseluruhan perniagaan di negara ini, mereka memainkan peranan penting dalam mengukuhkan pertumbuhan ekonomi digital Malaysia

Sementara itu, penyelesaian perniagaan untuk mengembangkan perniagaan serta meningkatkan produktiviti yang ditawarkan adalah unifi Cloud Storage, unifi eCommerce Hub dan Penyelesaian Keselamatan Siber.

* unifi Cloud Storage
Membantu perniagaan menguruskan tugasan yang sering merumitkan seperti menyimpan maklumat-maklumat penting, penyelesaian ini membawakan storan data yang fleksibel, selamat dan mudah diubah. Ia juga menyediakan akses untuk beberapa pengguna dan penyulitan selamat bagi meningkatkan produktiviti perniagaan.

Dihoskan di dalam negara, di fasiliti Pusat Data Hijau TM yang diperakui, unifi Cloud Storage menyediakan ruang penyimpanan yang selamat untuk fail dan maklumat penting supaya perniagaan boleh memberi tumpuan kepada pembangunan dan keuntungan.

* unifi eCommerce Hub
Direka untuk menghubung dan memaksimumkan peluang pertumbuhan dengan lancar, penyelesaian ini menawarkan platform tunggal dan bersepadu, dengan antara muka yang mudah digunakan.

Usahawan boleh menyeragamkan saluran jualan luar talian dan dalam talian mereka, menguruskan inventori produk, pesanan, memantau jualan dan pendapatan, serta menguruskan pertanyaan di media sosial.

Mereka juga boleh membina laman web interaktif dengan ciri pembayaran dalam talian serta rakan penghantaran yang tersedia.

* Penyelesaian Keselamatan Siber
Membantu PMKS melindungi perniagaan mereka daripada ancaman siber, penyelesaian yang mudah diguna dan dikendalikan ini membolehkan mereka menumpukan kepada perkara yang lebih penting seperti menjana pendapatan dan mengembangkan perniagaan.

Disokong oleh penyedia keselamatan siber terkemuka di dunia, penyelesaian ini melindungi maklumat yang penting buat perniagaan tanpa mengira tahap kemahiran IT, justeru menawarkan “Always On-Security for Always-On Businesses”

Dengan melanggan produk unifi Business, pelanggan secara automatic akan menjadi ahli unifi Business Club di mana semua pelanggan akan menikmati faedah sebagai ahli uBC termasuk akses kepada kepada kandungan yang berkaitan dan terkini di portalnya (https://ubc.unifi.com.my) dan mendapatkan kandungan bermanfaat seperti webinar, bual bicara, sembang langsung, acara, tips perniagaan dan artikel untuk membantu mereka mengharungi dunia perniagaan. Ahli uBC juga akan mendapat akses kepada bantuan kewangan, penggalak produktiviti, platform pemasaran digital, alatan dan program penglibatan komuniti yang disesuaikan dengan pelbagai keperluan perniagaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan dan juga penyelesaian pendigitalan PMKS, orang ramai boleh melayari www.unifi.com.my/business/totalsolutions

sumber – Eton Khir

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)