Unit Destini peroleh lanjutan kontrak daripada Kementerian Pertahanan

Unit Destini peroleh lanjutan kontrak daripada Kementerian Pertahanan

KUALA LUMPUR,. Destini Prima Sdn Bhd (DPSB), anak syarikat milik penuh Destini Bhd hari ini menerima surat lantikan (LOA) daripada Kementerian Pertahanan bagi melanjutkan kontraknya menyediakan perkhidmatan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih dan membekalkan peralatan keselamatan dan kelangsungan hidup kepada Tentera Udara Diraja Malaysia.

Siling kontrak itu adalah RM50.18 juta, kata Destini dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Tempoh kontrak tersebut adalah selama setahun bermula dari 3 Okt, 2019 hingga 2 Okt, 2020.

“DPSB diperlukan untuk menjalankan program Professional Training and Education For Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) dan termasuk sekurang-kurangnya 20 peserta PROTÉGÉ tanpa sebarang kos kepada kerajaan,” kata syarikat itu.

Kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih Destini bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 dan 31 Dis, 2020.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )