UPS Melantik PwC untuk Membantu Perniagaan Malaysia Memenuhi Syarat Baharu VAT untuk Import Kesatuan Eropah (EU)

UPS Melantik PwC untuk Membantu Perniagaan Malaysia Memenuhi Syarat Baharu VAT untuk Import Kesatuan Eropah (EU)

Kuala Lumpur - Kesatuan Eropah telah memperkenalkan peraturan baharu mengenai Cukai Nilai Tambah (VAT) buat penjualan antarabangsa platform-platform e-dagang. Perubahan yang berkuatkuasa mulai 1 Julai 2021 ini merangkumi penghapusan pengecualian VAT untuk barangan import masuk ke dalam EU bernilai sehingga €22.

Satu skim khas untuk penjualan barangan nilai rendah yang diimport daripada negara-negara atau wilayah-wilayah dunia ketiga ke dalam EU juga telah diperkenalkan.

Import One Stop Shop (IOSS) adalah sebuah platform atas talian yang mempermudah pengisytiharaan dan proses bayaran VAT bagi jualan barangan yang bernilai sehingga €150 yang diimport masuk ke dalam EU dalam platform-platform e-dagang. IOSS menambah baik pengalaman para pelanggan dengan mengenakan caj terus dalam proses pembelian, seterusnya menghindarkan sebarang caj tambahan atau kelewatan akibat prosedur kastam semasa proses penghantaran.

Di bawah program IOSS, perniagaan atas talian akan membekalkan nombor pengenalan VAT IOSS kepada servis penghantaran, yang kemudiannya akan memberikan nombor tersebut kepada pihak kastam bagi memastikan barangan tersebut tidak akan dinilai untuk VAT apabila ia memasuki kawasan EU. Perniagaan-perniagaan yang tidak diasaskan di EU atau sesebuah negara yang tidak memiliki perjanjian bimbingan bersama VAT perlu melantik perantara untuk memanfaatkan program import ini.

UPS telah melantik konsultansi percukaian bagi servis perantaraan dan pematuhan bagi para pelanggan UPS yang layak pada harga yang lebih rendah. Sebahagian daripada perjanjian ini, para pelanggan akan menerima bimbingan bagi proses pendaftaran IOSS dan penghantaran pulangan IOSS, informasi bulanan mengenai pembayaran VAT dan makluman dari semasa ke semasa yang berguna untuk perniagaan mereka.

“Sokongan kami buat para pelanggan di lebih 220 wilayah dan negara di seluruh dunia dan pemerkasaan kemampuan mereka untuk bersaing di peringkat global – dalam masa yang sama menawarkan kepuasan pelanggan yang luar biasa – adalah misi utama kami,” ujar Stuart Lund, timbalan presiden bagi pembrokeran bungkusan kastam antarabangsa UPS. “Kami menggalakkan perniagaan-perniagaan di luar EU untuk mengguna pakai perkhidmatan ini supaya mereka boleh terus menawarkan pengalaman pembelian yang telus dan lancar buat para pelanggan mereka yang berpangkalan di Eropah.” Para pelanggan e-dagang UPS yang berada di luar EU boleh mendaftar untuk bimbingan perantaraan dan pematuhan PwC IOSS di laman web rasmi PwC.be.

Untuk maklumat lanjut mengenai perubahan VAT dalam EU dan bagaimana ianya mempengaruhi perniagaan-perniagaan dan para pengguna, sila layari UPS.com.

*PwC Business Advisory Services BV. Prestasi perkhidmatan pWC bergantung kepada prosedur penerimaan klien serta penerimaan dan persetujuan penting secara bebas. Perkataan ‘klien’ dalam teks ini merujuk kepada para pelanggan UPS yang memilih untuk bekerjasama dengan PwC dan menerima prosedur penerimaan klien PwC.

 

Mengenai UPS
UPS (NYSE: UPS) adalah salah sebuah syarikat penghantaran bungkusan terbesar di dunia dengan keuntungan keseluruhan tahun 2020 bernilai $84.6 billion, dan menawarkan pelbagai solusi logistic bersepadu yang meluas buat para pelanggan daripada lebih 2020 buah negara dan wilayah. Lebih 540,000 pekerja syarikat tersebut mendokong strategi yang ditekankan dan dilaksanakan pada skala yang hebat: Customer First. People Led. Innovation Driven. UPS komited untuk mengurangkan impak ke atas alam sekitar dan menyokong komuniti-komuniti yang menerima perkhidmatan kami di seluruh dunia. UPS juga mengambil pendirian yang teguh dan tanpa sebarang kompromi atas sokongan mereka kepada kepelbagaian, kesetaraan dan inklusi dalam syarikat. UPS boleh dicapai menerusi Internet di www.ups.com, dan maklumat lanjut boleh didapati di about.ups.com dan www.investors.ups.com.

 

 

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )