
Vaksin COVID-19: Malaysia gesa dunia halang penyebaran maklumat salah
KUALA LUMPUR,. Semua negara harus bersatu untuk memerangi maklumat salah berkaitan vaksin COVID-19 dan propaganda antivaksinasi ketika dunia sedang menyediakan rancangan vaksinasi kebangsaan untuk membendung pandemik itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Menurutnya ketika CO-VID-19 kekal menjadi musuh kebal, bahaya maklumat salah juga menjadi satu masalah utama dan boleh mengganggu kemajuan yang telah dicapai.
Berucap pada Sidang Khas ke-31 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Tindak Balas COVID-19 pada Jumaat, beliau berkata sebaik sahaja maklumat pencapaian pembangunan vaksin menjadi berita utama di dunia, maklumat salah berkaitan pelaksanaan vaksinasi, perubahan DNA dan akuan palsu mula tersebar.
“Ketakutan global diburukkan lagi dengan kepanta-san penyebaran berita setiap masa dan aliran maklumat tidak putus-putus, tidak kira betul atau salah, di media sosial.
“Apa motif utama kempen ini? Untuk mengelirukan dan menggoncang keyakinan terhadap perubatan sedang-kan ia sepatutnya menjadi perkata utama dan akhirnya menyebabkan wabak ini berpanjangan.
“Ringkasnya, maklumat salah boleh mengorbankan nyawa, terutamanya ketika kita sedang menyiapkan rancangan vaksinasi kebangsaan untuk rakyat, “ katanya.
Sidang berkenaan diada-kan secara maya berikutan pandemik.
Beliau berkata, kesedaran masyarakat mengenai perlunya vaksinasi sangat pen-ting untuk mencegah rakyat berada dalam keadaan takut dan mencetuskan perpecahan semasa fasa pelancaran.
“Sangkaan negatif, kesan daripada propaganda mesti ditangani segera. Ia boleh mencetuskan tragedi – jika dalam kita bersungguh-sungguh, penyokong fanatik yang berkempen menentang seluruh konsep vaksinasi terus dibiarkan berkembang – ia berisiko mempengaruh pemikiran masyarakat, dan boleh mengancam jutaan lagi nyawa,” katanya.
Hishammuddin juga me-negaskan pendirian Malaysia bahawa vaksin COVID-19, apabila dibangunkan, me-stilah mudah diakses, mudah diperoleh dan mampu dimiliki semua.
Oleh itu, beliau berkata Malaysia kekal komited untuk bekerjasama dengan PBB dan semua negara anggotanya dalam menghadapi cabaran bersama sambil terus berwaspada untuk menangani virus ini.
“Satu virus telah meragut lebih 1.4 juta nyawa di seluruh dunia dan telah menjerumuskan kita ke dalam kemelesetan ekonomi global.
“Ia telah mengakibatkan krisis kesihatan, ekonomi, dan sosial ramuan berbisa yang andai jika terus dibiar-kan, akan memundurkan kemajuan yang dicapai PBB sejak berdekad lalu,” katanya.
— Bernama