Verstappen dominasi sesi latihan bebas GP British

Verstappen dominasi sesi latihan bebas GP British

SILVERSTONE, United Kingdom ,. Pemandu Formula Red Bull, Max Verstappen mengenepikan cabaran pendahulu kejuaraan, Lewis Hamilton untuk berada di depan pada sesi latihan bebas Grand Prix (GP) British, di sini, sebentar tadi.

Beliau merakamkan pusingan terbaik dengan catatan masa 1 minit 27.422 saat (s) untuk menewaskan Hamilton yang mewakili Mercedes dengan kelebihan 0.474s dalam saingan Formula Satu (F1) itu.

Bermula dalam keadaan cuaca panas saingan keempat musim ini yang tertangguh gara-gara pandemik COVID-19, pemandu Racing Point, Lance Stroll menduduki tempat ketiga terpantas mengatasi pelumba Red Bull, Alexander Albon.

Charles Leclerc yang mewakili Ferrari pula kelima menewaskan rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )