Video Serbuan MBI Jadi Tular, Polis Siasat Kekecohan di Restoran Menglembu

Video Serbuan MBI Jadi Tular, Polis Siasat Kekecohan di Restoran Menglembu

Kekecohan tercetus di sebuah restoran di Menglembu, Ipoh ketika anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menjalankan operasi sitaan, susulan aduan daripada Jabatan Kesihatan MBI.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan laporan telah dibuat oleh seorang anggota penguat kuasa berumur 40 tahun yang mendakwa diganggu semasa menjalankan tugas. Salah seorang anggota juga dilaporkan ditumbuk oleh individu dari pihak premis.

Menurut pihak polis, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 353/186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Inspektor Sheikh Fateeha Iman.

Insiden tersebut turut dirakam dalam video berdurasi 5 minit 57 saat yang tular di media sosial, memaparkan pertelingkahan serta kejadian seorang wanita yang dilaporkan pengsan di lokasi.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )