Video tular BSI Johor latihan kebakaran tahun lepas

Video tular BSI Johor latihan kebakaran tahun lepas

KUALA LUMPUR,. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan kononnya berlaku kejadian rempuhan sekumpulan warga tempatan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru semalam.

Ketua Pengarahnya Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata rakaman video yang tular sebenarnya adalah suasana latihan kebakaran di BSI pada 18 Dis tahun lepas.

“JIM memandang serius perbuatan penularan video berkenaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang berniat untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata laporan polis akan dibuat oleh pihak JIM Johor berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 64 saat menunjukkan sekumpulan lelaki cuba memasuki kawasan bangunan terbabit tular di aplikasi WhatsApp.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)