Viral: Tapak binaan kondominium J Satine diarahkan berhenti kerja – DBKL

Viral: Tapak binaan kondominium J Satine diarahkan berhenti kerja – DBKL

DBKL juga telah mengarahkan pihak perunding untuk mengupah jurutera bebas untuk memeriksa keselamatan semua struktur di pembangunan J Satine dan memberikan laporan tentang pemeriksaan tersebut.

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini telah meminta pihak yang menguruskan tapak pembinaan sebuah kondominium di Wangsa Maju untuk menghentikan semua kerja pembinaan.

DBKL dalam kenyataan hari ini memberitahu bahawa terdapat keretakan pada dinding, tiang, dan lantai di tingkat 8 dan ke atas bangunan J Satine. Ini adalah hasil siasatan yang dilakukan setelah menerima aduan daripada penduduk berhampiran mengenai letupan yang berlaku di lokasi tersebut pada 7 November lalu.

“DBKL telah mengeluarkan satu notis di bawah Seksyen 70B(2), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang mengarahkan pihak perunding untuk menghentikan kerja dan mengambil tindakan. ”

DBKL juga telah mengarahkan pihak perunding untuk mengupah jurutera bebas bagi memeriksa keselamatan semua struktur di J Satine dan menyediakan laporan tentang pemeriksaan tersebut.

Selain itu, pihak perunding juga diminta untuk melakukan kerja-kerja pembetulan mengikut cadangan daripada jurutera bebas.

“Tempoh berhenti pembinaan projek bergantung kepada pelaksanaan arahan yang diberikan. ” Punca letupan dan kerosakan struktur masih belum diketahui sehingga laporan mengenai keadaan struktur dihantar kepada DBKL.

“DBKL sangat prihatin mengenai insiden yang berlaku. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat andaian atau mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas, terutamanya di media sosial,” kata kenyataan itu.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )