
Wakil pemimpin parti tiba di Istana Negara pagi ini
KUALA LUMPUR,. Beberapa wakil pemimpin parti politik tiba di Istana Negara pada pukul 10 pagi ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di sini.
Mendahului ialah Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tiba dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam.
Turut kelihatan, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, Al-Sultan Abdullah berkenan dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk tidak memanggil mesyuarat khas Dewan Rakyat pada Isnin ini.
Justeru, Istana Negara akan menghubungi ketua-ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat.
Ia bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan pencalonan nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri ke-8.