Warga Amerika Syarikat diarah tinggalkan Iraq serta-merta

Warga Amerika Syarikat diarah tinggalkan Iraq serta-merta

BAGHDAD,. Kedutaan Amerika Syarikat di Baghdad pada Jumaat mengarahkan kesemua warga negara itu agar meninggalkan Iraq serta merta, hanya beberapa jam selepas tentera negara AS melancarkan serangan udara di lapangan terbang Baghdad dan meragut nyawa dua pemimpin kanan tentera Iran.

Dalam serangan itu lapan terbunuh selepas tiga roket Katyusha dilancarkan ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad.

Serangan berlaku beberapa jam selepas Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan akan mengambil langkah awal untuk melindungi tenteranya sekiranya Washington tahu tentang tindakan terancang oleh pihak tentera yang disokong Iran di Iraq.

Serangan itu juga menyusuli tindakan sama minggu ini di Kedutaan AS di sini.

Menurut laporan media yang dikendali tentera Iraq, roket berkenaan mendarat berhampiran terminal kargo udara menyebabkan dua kenderaan terbakar dan beberapa orang cedera.

Kumpulan tentera darat Iraq berkata lima anggota tentera dan dua orang awam maut dalam serangan itu.

Ketika kejadian, mereka dikatakan sedang membawa ‘tetamu penting’ di dalam kenderaan yang terkorban setelah terperangkap dalam serangan.

White House dalam satu kenyataan mengesahkan ketua skuad elit Iran Quds Force, Jeneral Qassim Soleimani antara yang maut dalam serangan itu.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)