Warganegara Singapura boleh ke Malaysia melalui VTL-darat mulai 20 Dis

KUALA LUMPUR: Semua kategori pengembara warganegara serta pemastautin tetap Malaysia, Singapura layak menggunakan laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL)-darat, berkuat kuasa mulai 20 Dis, 2021.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Singapura pada Selasa. Memetik laporan portal The Straits Times pada Selasa, kerajaan turut menggariskan bahawa tiada perubahan terhadap protokol ke atas pengembara di Singapura dan Malaysia.

“Kesemua pengembara memasuki Singapura perlu mematuhi kesemua protokol berhubung ujian COVID-19 dan langkah-langkah keselamatan yang sedia ada,” tambah MITI. Kesemua pengembara yang memasuki Singapura perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari, ujian pantas (RTK) Antigen kendiri COVID-19 sejurus tiba di Republik berkenaan. Ujian RTK pada hari ketiga dan ketujuh wajib diambil di pusat ujian COVID-19 berdaftar.

Menurut Menteri MITI Singapura, Ong Ye Kung sejumlah 300,000 individu mengembara ke kedua-dua buah negara setiap hari sebelum pandemik COVID-19 melanda. Namun, di bawah pengurusan VTL, hanya sejumlah 2,880 individu dibenarkan masuk ke kedua-dua negara menggunakan 64 perkhidmatan bas yang disediakan.

Gan turut berkata, objektif utama untuk VTL- darat dimulakan semula untuk memberi ruang kepada keluarga yang terpisah antara dua negara akibat pandemik COVID-19 untuk bertemu tanpa kuarantin.
Menjawab soalan berkenaan individu yang ingin melakukan perjalanan lawatan sehari ke Johor Baharu, beliau menasihatkan agar orang ramai melihat kesesuaian serta keadaan semasa COVID-19.
Ini termasuk arahan keselamatan yang masih dilaksanakan buat masa ini.

“Nasihat saya untuk anda adalah untuk menilai keadaan serta melihat sama ada risiko untuk mengembara (secara singkat) itu berbaloi atau tidak. “Saya menyarankan anda untuk mempertimbangkan secara teliti jika anda ingin menghabiskan masa sehari di sana (Johor Bahru) dengan mengambil kira arahan ujian saringan yang masih dilaksanakan,” jelas beliau.

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )