WHO Puji Korea Selatan Berjaya Turunkan Jangkitan Baharu Kepada Kurang 50 Kes

WHO Puji Korea Selatan Berjaya Turunkan Jangkitan Baharu Kepada Kurang 50 Kes

SEOUL,. Korea Selatan pada Selasa melaporkan kurang daripada 50 kes baharu jangkitan koronavirus buat julung kalinya sejak Februari.

Usaha itu mendapat pujian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) apabila negara itu dilihat berjaya mengekang penularan COVID-19 walaupun ia antara yang pertama terjejas akibat pandemik tersebut, lapor AFP.

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus dilapor menghubungi Presiden Moon Jae-in bagi menyatakan kekagumannya atas usaha kepimpinan negara itu dalam mengekang virus tersebut.

Dalam perbualan telefon selama 25 minit itu juga, Tedros mencadangkan agar Moon membantu negara-negara Afrika yang berdepan kekangan bantuan perubatan termasuk kit ujian.

Sementara itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) berkata negara itu hanya mencatatkan 47 kes baharu pada tengah malam Ahad berbanding 81 pada hari sebelumnya.

Jumlah semasa kes jangkitan COVID-19 di Korea Selatan ialah 10,284. Angka kematian meningkat kepada 191, manakala 135 pesakit sembuh ialah 6,598.
Korea Selatan telah berjaya mengawal wabak ini dengan hanya kira-kira 100 kes atau kurang dilaporkan sepanjang bulan lepas.

Ini merupakan kali pertama angka harian berada di bawah 50 kes sejak 29 Feb apabila 909 kes dilaporkan.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )