WHO Seru Dunia Bertindak, Gaza Terkepung Dalam Krisis Kelaparan

WHO Seru Dunia Bertindak, Gaza Terkepung Dalam Krisis Kelaparan

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru tindakan antarabangsa segera terhadap krisis kemanusiaan di Gaza, yang disifatkan kini berada dalam keadaan paling genting dengan lebih dua juta penduduk menghadapi kebuluran teruk.

Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua WHO, turut menyatakan bahawa agensi tersebut kini bergelut dengan masalah pembiayaan yang amat serius – sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah pertubuhan itu.

Sementara itu, Dr Michael Ryan, menyuarakan kebimbangan terhadap kesihatan kanak-kanak yang semakin merosot akibat kekurangan zat dan makanan, sambil mengkritik kegagalan masyarakat antarabangsa dalam menangani tragedi ini.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This