Wings Umum Konsert Jelajah Penjara – Misi Kemanusiaan Sempena 40 Tahun

Wings Umum Konsert Jelajah Penjara – Misi Kemanusiaan Sempena 40 Tahun

Wings tampil dengan perancangan luar biasa sempena ulang tahun ke-40 mereka — siri konsert khas di penjara seluruh negara. Bukan sekadar persembahan, ia adalah misi kemanusiaan yang membawa hiburan dan harapan kepada mereka yang berada di sebalik tirai besi.

Datuk Awie, vokalis Wings, berkata konsert ini bukan untuk keuntungan, sebaliknya sebagai satu bentuk motivasi kepada para penghuni penjara yang turut meminati muzik mereka.

“Kami tidak akan jual tiket. Ini adalah program kebajikan. Kami hanya ingin beri semangat dan hiburan kepada mereka yang sudah lama terasing daripada dunia luar,” jelas Awie.

Konsert ini memerlukan sokongan penaja untuk direalisasikan dan Wings menyeru pihak korporat serta usahawan untuk turut serta dalam menjayakan inisiatif ini. Lebih 40 penjara telah mendapat kelulusan awal, dengan Penjara Kajang dijangka menjadi lokasi pertama.

Awie turut menegaskan bahawa Wings terbuka untuk mengadakan persembahan di mana sahaja, selagi mereka dapat menyebarkan mesej positif melalui muzik.

“Niat kami jelas — menyebar keceriaan, ketenangan dan harapan. Kami percaya muzik boleh menyentuh hati, walau di mana pun seseorang berada,” katanya.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This