Wisma Putra nasihat orang ramai tangguh perjalanan ke Catalonia, Sepanyol

Wisma Putra nasihat orang ramai tangguh perjalanan ke Catalonia, Sepanyol

KUALA LUMPUR,. Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang berhasrat melakukan perjalanan yang kurang penting ke wilayah Catalonia di Sepanyol, supaya menangguhkannya.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata nasihat itu dikeluarkan ekoran keadaan semasa di kawasan berkenaan, yang menyaksikan protes besar-besaran bermula sejak 13 Okt lepas.

“Bagi rakyat Malaysia yang melawat Barcelona dan komuniti Malaysia yang tinggal Catalonia, mereka dinasihatkan supaya memberi keutamaan tertinggi kepada keselamatan mereka, dan mengelak sebarang perhimpunan dan demonstrasi.

“Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Pihak kementerian akan terus memantau keadaan ini dengan rapi,” tambahnya.

Menurutnya rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan konsular boleh menghubungi Pegawai Bertugas Wisma Putra Kementerian Luar dengan menelefon +603 8887 4570 (24 jam).

“Kedutaan Malaysia di Madrid, Sepanyol boleh dihubungi dengan menelefon +(34)91 555 0684 atau +(34)91 5550737, atau hubungi pegawai di kedutaan +(34) 629 725 772 or +(34) 659 894 943,” menurutnya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )