
Yang Di-pertuan Agong Dan Raja Permaisuri, mengucapkan Selamat Hari Guru
KUALA LUMPUR,. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah, Raja dan Permaisuri Malaysia hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dan warga pendidik di negara ini.
Menurut catatan di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Duli Yang Maha Mulia bertitah pengorbanan dan sumbangan warga pendidik perlu sentiasa diingati kerana peranan mereka amat penting dalam pembangunan negara dan masyarakat.
“Terima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar kami; ilmu dan jasa anda akan sentiasa dikenang,” titah Duli Yang Maha Mulia.
–Agensi