Zahid: Sidang Cawangan UMNO Medan Perkukuh Parti, Hadapi Cabaran Politik

Zahid: Sidang Cawangan UMNO Medan Perkukuh Parti, Hadapi Cabaran Politik

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh ahli parti memanfaatkan sepenuhnya persidangan cawangan yang bermula hari ini sebagai peluang untuk memperkuatkan gerak kerja, menyatukan saf dan memperkukuh perjuangan parti.

Menurutnya, sidang ini adalah platform penting untuk mendengar suara akar umbi serta menyusun langkah menghadapi cabaran politik semasa dengan lebih strategik dan bersatu.

“Persidangan ini harus jadi asas kukuh bagi kita terus berjuang dan berbakti dengan penuh komitmen,” katanya di Facebook.

Persidangan cawangan berlangsung dari 7 April hingga 25 Mei, diikuti peringkat bahagian dan Perhimpunan Agung pada bulan Ogos nanti.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )