Zelensky tuduh Rusia serang koridor kemanusiaan di Mariupol

Zelensky tuduh Rusia serang koridor kemanusiaan di Mariupol

KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky kelmarin berkata kira-kira 100,000 orang telah meninggalkan bandar-bandar di negara ini dalam masa dua hari, dan menuduh pasukan tentera Rusia menyerang koridor kemanusiaan di bandar Mariupol.

Zelensky berkata beliau memutuskan untuk menghantar satu konvoi trak membawa makanan, air dan ubat-ubatan ke bandar pelabuhan yang dikepung itu.

“Tetapi penjajah telah melancarkan serangan kereta kebal tepat di mana koridor ini sepatutnya berada,” katanya dalam satu kenyataan video, menyifatkannya sebagai “keganasan secara terang-terangan”.

Pemimpin Ukraine itu berkata, daripada kira-kira 100,000 orang yang berjaya meninggalkan bandar-bandar Ukraine yang lain melalui koridor kemanusiaan sejak dua hari lepas, kira-kira 40,000 melarikan diri pada kelmarin sahaja.

Ukraine telah menuduh Rusia melancarkan serangan udara pada Rabu ke atas hospital bersalin di Mariupol, sebuah pelabuhan strategik di Laut Azov, membunuh tiga orang, termasuk seorang wanita muda.

Moscow kelmarin berjanji akan membuka beberapa koridor kemanusiaan setiap hari untuk membolehkan rakyat Ukraine meninggalkan negara tersebut, tetapi Kyiv sebelum ini menolak laluan pemindahan yang menuju ke Rusia.

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)