Zidane lebih gemar Messi kekal di Sepanyol

Zidane lebih gemar Messi kekal di Sepanyol

MADRID,. Lionel Messi dilaporkan bercadang meninggalkan Barcelona tahun depan, tetapi pengendali Real Madrid Zinadine Zidane berharap bintang Argentina itu terus kekal di Sepanyol.

Kontrak Messi tamat tahun depan dan dia menangguhkan rundingan kerana kecewa dengan hala tuju kelab.

Barca berada di tangga kedua La Liga dengan lima perlawanan berbaki, empat mata di belakang Real Madrid yang mengatasi Getafe awal pagi tadi untuk terus mengukuhkan cengkaman di puncak liga.

“Saya tidak tahu apa yang akan terjadi tetapi kami berharap tidak kerana dia di dalam liga ini dan kami mahu yang terbaik untuk liga ini,” kata Zidane ketika ditanya berkenaan kemungkinan Messi meninggalkan Barca.

Februari lalu Messi berkata dia tidak yakin Barcelona mampu memenangi Liga Juara-Juara berdasarkan prestasi ketika itu.

Pemain berusia 33 tahun itu juga tidak sehaluan dengan lembaga pengarah kelab, membidas kenyataan pengarah sukan Eric Abidal yang menyalahkan pemain susulan pemecatan Ernesto Valverde pada Januari.

– AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)