
Gempa bumi sederhana landa Filipina
KUALA LUMPUR,. Satu gempa bumi sederhana dilapor berlaku di Panay, Filipina pada jam 8.33 pagi tadi.
Menurut kenyataan dikongsikan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, gempa dikesan pada kekuatan magnitud 5.1.
Gempa tersebut berpusat pada koordinat 10.0° Utara dan 121.8° Timur, pada kedalaman sekitar 10 kilometer.
Pusat gempa terletak kira-kira 113 kilometer ke arah barat daya dari Iloilo City, Filipina.
MetMalaysia turut memaklumkan bahawa gempa bumi ini tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.
TAGS #MetMalaysia