Pertempuran memuncak di sempadan, Azerbaijan kuat kuasa undang-undang tentera

Pertempuran memuncak di sempadan, Azerbaijan kuat kuasa undang-undang tentera

BAKU, 28 Sept — Parlimen Azerbaijan pada Ahad meluluskan dekri presiden untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, berikutan pertempuran di sempadan Nagorno-Karabakh yang semakin memuncak, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut pembantu presiden, Hikmat Hajiyev, undang-undang tentera akan berkuat kuasa mulai 12 tengah malam (waktu Baku) pada Isnin di beberapa bandar termasuk bandar raya Baku.

Di bawah undang-undang tentera, perintah berkurung akan dikuat kuasa dari 9 malam hingga 6 pagi.

Pada Ahad pagi pertembungan baharu tercetus di sepanjang garisan sempadan wilayah Nagorno-Karabakh yang menjadi pertikaian antara Armenia dan Azerbaijan.

Pertempuran masih berlaku, menyebabkan banyak korban jiwa dan kerosakan harta benda.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)