KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman.Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (
KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman.
Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.68 mata atau 0.10 peratus kepada 1,601.26 daripada paras 1,599.58 ketika ditutup pada Selasa. Indeks penanda aras itu dibuka 3.83 mata lebih tinggi pada 1,603.41.
Sentimen pasaran secara meluas menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 236 berbanding 81, manakala 224 kaunter tidak berubah, 2,320 kaunter tidak diniagakan dan 20 kaunter digantung dagangan.
Jumlah dagangan sebanyak 154.28 juta unit bernilai RM67.68 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata firma pembrokeran itu berpandangan sentimen pasaran masih berhati-hati berikutan jumlah dagangan yang rendah hari ini.
“Kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,595 hingga 1,605 untuk hari ini,” katanya dalam satu nota.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.74, CIMB meningkat dua sen kepada RM7.17 dan IHH Healthcare naik lapan sen kepada RM7.99. Maybank tidak berubah pada RM9.95, manakala TNB susut empat sen kepada RM13.02.
Bagi saham aktif, NWE Resources meningkat 2.5 sen kepada 22.5 sen, VS Industry menambah satu sen kepada 34 sen dan SLGC naik setengah sen kepada 25 sen. Talam Transform dan GIIB tidak berubah masing-masing pada 7.5 sen dan 70.5 sen, manakala Zetrix AI dan Ni Hsin susut setengah sen setiap satu kepada lima sen dan 46.5 sen.
Malaysian Pacific Industries menerajui kaunter untung apabila melonjak RM1.36 kepada RM41.38, diikuti Vitrox yang meningkat 24 sen kepada RM10.54. Hong Leong Bank naik 18 sen kepada RM21.38, manakala MI Technology menambah 17 sen kepada RM6.55.
Dalam kalangan kaunter rugi, KESM susut 10 sen kepada RM4.36, TM turun enam sen kepada RM7.64, PPB berkurangan lima sen kepada RM8.55 dan TNB merosot empat sen kepada RM13.02.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 25.73 mata kepada 11,933.33, manakala Indeks FBM Top 100 menambah 21.97 mata kepada 11,733.40.
Indeks FBM Mid 70 naik 72.60 mata kepada 17,123.80, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 29.71 mata kepada 11,878.57, manakala Indeks FBM ACE menambah 43.30 mata kepada 5,329.78.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 35.25 mata kepada 18,594.22, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.01 mata kepada 174.37, Indeks Perladangan turun 1.77 mata kepada 8,583.37, manakala Indeks Tenaga menambah 2.56 mata kepada 825.44.
— BERNAMA

